Dilahirkan dalam keluarga bahagia. Ayahandaku Haji Said - Bekas pelajar pondok Tuan Guru Haji Saad Mogoi ( mengikut cerita ayahanda, TG Haji Saad seorang Wali Allah - kalau ada masa akan ku coretkan sejarah TG Wali Allah ini) Pernah diamanahkan sebagi Bilal Masjid Kg.Tanjung semasa hayatnya. Bergiat cergas dalam politik Islam. Berbagai dugaan dan cubaan ditempuhi dalam perjuangan. Istiqamah dalam perjuangan Islam hingga akhir hayat.Kembali menemui Rabbul 'Izzati pada Hari Jumaat 15 tahun yang lalu dikala ku sendiri tidak sempat menatap wajah ayahanda kesayangan ketika akhir hayatnya.Masih lagi teringat pesanan ayahanda ku.semasa hayatnya.JANGAN LUPA SOLAT dan JANGAN ABAIKAN ANAK2MU. InsyaALLAH, akan ku jaga wasiat ini dan akan aku warisi pesanan ini kepada zuriatku.


Bonda ku, Hajjah Zainab binti Hj.Yaakob ( Allahyarham datuk ku Hj. Yaakob adalah pengasas awal Pondok Ahmadiah bersama datuk saudaraku Hj Ahmad bin Hj Md Noor yang juga abang iparnya yang dikenali sebagai Pondok PakTeh Mat Padang Nyior hingga saat ini. Alhamdulillah bondaku ku masih lagi dilanjutkan usianya yang sekarang ini sudah hampir 100 tahun walaupun kesihatan bondaku sejak kebelakangan in sudah semakin uzur. Doaku panjatkan pada ALLAH Rabbul 'Alamin agar dipanjangkan umur bondaku dalam kesihatan dan mampu mengabdi diri pada Tuhan Maha Pencipta.

Cukup dulu untuk kali ini sebagai salam perkenalan dari hamba yang inginkan hidayah Ilahi setiap detik.

0 comments:

Post a Comment

My Family

My Family

IDOLAKU

IDOLAKU

PERJUANGANKU

PERJUANGANKU

About Me

Diputerakan pada tanggal 06.04.1961 di Kampung Tanjung Kanan,Kuala Nerang, Kedah Sejahtera.Telah mendirikan mahligai bahagia bersama Hajjah Faizah binti Md.Ariff yang pernah ku kenali pada tahun 1985. Hasil perkongsian hidup ini, kami dikurniakan 7 qurratul 'ain. 5 putera dan 2 puteri.

الوقت كالسيف فإن لم قطعه، قطعك

Calendar

Comments


ShoutMix chat widget

Followers

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Visitor