Salam kepada semua penjengah blog ini. Kita akan berinteraksi lagi dalam dunia ICT kali ini. Tapi harus diambil peringatan bahawa marilah kita gunakan kemudahan ini untuk maslahat kebaikan. Jangan kita gunakan hasil kepakaran teknologi anugerah ALLAH ini hanya untuk keduniaan semata2, tapi biarlah kita munafaatkan nikmat ini untuk kebaikan kita didunia hatta keakhirat.

Bersesuaian dengan Ad-Din itu nasihat, maka ana ingin berkongsi pengetahuan dengan pengunjung bahawa dalam kita melayari kehidupan yang fana ini, lebih2 lagi dalam dunia tanpa sempadan ini, kita mestilah kuat serta peka kepada cabaran masakini. Diluar sana , berapa ramai anak muda-mudi kita yang hanyut dan karam dalam melayari bahtera kehidupan mereka. Kalau kita imbas kembali kenapa semua ini berlaku, lebih2 lagi terhadap umat Islam, maka kita dapat membuat beberapa rumusan.

Kita tidak boleh menolak kemungkinan faktor utama fenomena ini ialah kegagalan awal ibubapa mengawal pergerakan,pergaulan anak2 dan yang paling utama sekali ialah kegagalan kita mentarbiah anak2 dengan akhlak Islam. Mungkin kehidupan kita juga dihimpit kesempitan,maka dikala itu kita asyik dengan kewajipan mencari nafkah,ke hulu ke hilir mencari sesuap nasi tapi dalam masa yang sama kita lupa pada kewajipan kita pada keperluan rohani keluarga kita. Kita kena insaf bahawa segala keperluan jasmani kita ada kalanya hanya untuk memenuhi runtunan hawa nafsu sahaja manakala yang lebih aula yang perlu kita titikberatkan ialah persiapan kita menemui saat kematian kita. Kita tidak menolak bahawa keperluan dunia juga mestilah diutamakan tapi biarlah ianya seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

Dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam manakala akhirat nanti adalah tempat untuk kita menuai hasilnya. Dari itu bercucuk tanamlah dengan benih yang terpilih dan bajailah selalu tanaman tersebut agar hasilnya lumayan diakhir nanti. Sama2 lah kita muhasabah diri kita.sebelum kita dihisab dihadapan ALLAH SWT.

0 comments:

Post a Comment

My Family

My Family

IDOLAKU

IDOLAKU

PERJUANGANKU

PERJUANGANKU

About Me

Diputerakan pada tanggal 06.04.1961 di Kampung Tanjung Kanan,Kuala Nerang, Kedah Sejahtera.Telah mendirikan mahligai bahagia bersama Hajjah Faizah binti Md.Ariff yang pernah ku kenali pada tahun 1985. Hasil perkongsian hidup ini, kami dikurniakan 7 qurratul 'ain. 5 putera dan 2 puteri.

الوقت كالسيف فإن لم قطعه، قطعك

Calendar

Comments


ShoutMix chat widget

Followers

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Visitor