Assalamualaikum kepada peminat blog ini terutamanya anak2 ayah yang dok desak siang malam suruh ayah posting dalam blog baru ayah depa. Maklumlah depa niiii.... kannnn... rindu sangat nak baca blog ayah depa yang bermadah2 lah katakannnn....tapi kali tak bermadah pun. Malas lah!

Ku mulakan coretan kali ini dengan kisah apa ya? Ya! Dua minggu cuti sekolah semester pertengahan yang baru habis kelmarin. Rumah ku yang sunyi pada hari persekolahan kembali riuh rendah dengan pulangnya anak2. 1st son, Ashraf yang belajar UIA Gombak, ( Cuti 3 mggu) 2nd daughter, Amirah kat KUIN (cuti 6 mggu), 3rd son, Ammar (insyaallah bulan 9 ni akan terbang ke Egypt). 4th daughter (twin Ammar) Asma' belajar kat UIA PJ(balik cuti hari mggu ja). 5th son, Amir dan 6th son Akmal belajar kat MMPT Form 5 dan Form 4 dan last son Afif belajar jauh diselatan SMAP Kajang dalam Form 2.
Seperti kelaziman bila tibanya cuti sekolah pandai2lah anak2 buat plan nak pergi picnic. Plan awal nak pergi mandi kat Laguna Merbok. Last2 tak jadi sbb kos mahal sangat maklumlah income pun tak seberapa. Tukar plan B, hari Jumaat petang pergi mandi kat Lata Mengkuang, Sik. 1 jam perjalanan sampailah kat Sik. Mandi lah anak2ku sampai bibir mulut jadi biru.
Walaupun penat dan sejuk tapi mereka puas sbb saat beginilah yang mereka perlukan bagi mengeratkan ikatan persaudaraan disamping menenangkan fikiran mereka setelah sekian lama mengerah minda mereka dalam pelajaran. Bukan hanya tahun ini sahaja rehlah sebegini yang saya programkan malah sejak dari tahun 90an lagi program ini diadakan. Ianya sudah menjadi satu program tahunan keluarga saya. Semuga dengan acara seperti ini akan memesrakan lagi mereka adik beradik.
Pada ibubapa yang berkesempatan menjengah blog ini,luangkanlah sedikit masa untuk anak2 anda semuga kita semua dijauhi segala penyakit sosial yang melanda anak muda mudi sekarang ini. Ingatlah! anak yang jauh dari kasih sayang yang sebenar dari ibubapa akan mudah dijangkiti penyakit sosial. WAHAI ORANG YANG BERIMAN PELIHAHARALAH DIRIMU DAN KELUARGA MU DARI API NERAKA- Maksud Al-Quran.Wassalam

1 comments:

Ayah.....hehe
syok noh anak2 ayah balik.tapi,sat ja la kan..?xpa2,nanti kami balik agi.raya ni penuh plak umah.bestnya..
fuh,kali ni ciq balik berbaloi gak r sebab boleh buat macam2.memang pack xtvt kita kali ni.tapi,best r...g dusun,akmal jatuh lopak..makan buah2.abang kena pacat,kakak pun kena gak,tapi kecik ja..tu pun nak jerit bagi dengar satu dunia.haha..balik umah,siap2 g mandi,mandi2 sejuk2..balik umah lak berpanas makan ayam bakar mak buat..sedarp...yummy2..hehe..syok2.nanti nak buat agi tp amar..............huhu

Post a Comment

My Family

My Family

IDOLAKU

IDOLAKU

PERJUANGANKU

PERJUANGANKU

About Me

Diputerakan pada tanggal 06.04.1961 di Kampung Tanjung Kanan,Kuala Nerang, Kedah Sejahtera.Telah mendirikan mahligai bahagia bersama Hajjah Faizah binti Md.Ariff yang pernah ku kenali pada tahun 1985. Hasil perkongsian hidup ini, kami dikurniakan 7 qurratul 'ain. 5 putera dan 2 puteri.

الوقت كالسيف فإن لم قطعه، قطعك

Calendar

Comments


ShoutMix chat widget

Followers

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Visitor