Salam pada Pembaca: Dalam kita menjalani kehidupan seharian,kita akan berhadapan dengan berbagai kerenah manusia samada dalam soal hidup&mati,rezeki & habuan,pekerjaan &profesyen malah dalam soal makan minum pun sering kali diperdebatkan. Ana baru berhadapan dengan satu permasalahan kecil berkaitan seekor lalat yang jatuh dalam minuman yang baru dihidangkan oleh tuanrumah sewaktu saya berkunjung kerumahnya. Ana mengambil pendekatan dengan menenggelamkan lalat tersebut dalam minuman tersebut dan akan membuang semula lalat tersebut akan tetapi mendapat bantahan daripada tuanrumah dengan alasan jijik dan kotor.Ana berusaha menerangkan hadis Rasulullah tapi tindakan tuanrumah tersebut mencurahkan minuman tersebut dan menghidangkan semula minuman untuk ana.Justeru ana terpanggil untuk mengajak pengunjung meneliti maksud hadis dibawah untuk menambah dan mengingat kembali diri Rasulullah SAW yang bukan sahaja Pesuruh Allah malah sebagai seorang saintis.
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian : Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Misi serta visi utama Nabi diutuskan kedunia ini ialah mengajak manusia menerima Allah sebagai Ilahnya dan membebaskan manusia dari sang penguasa yang zalim dan tidak adil. Langsung tidak ada istilah "perpaduan". Perpaduan atas nama "bangsa" adalah istilah untuk mempertahankan kebejatan, kezaliman, ketidakadilan, dan kerakusan oleh pemimpin dan penguasa sesuatu bangsa.

Politik "perpaduan bangsa" hanyalah satu sentimen yang menipu ummah untuk mempertahankan kuasa sekelompok orang sahaja. Jauh lebih penting dari isu perpaduan ialah keadilan, integriti pemerintahan, urus tadbir yang baik, kecekapan pemerintahan, anti pembaziran, anti rasuah, anti kolusi, kroni dan nepotism.

Selama lebih 50 tahun, orang Melayu didodoikan dengan ayat " demi bangsa kita", "demi perpaduan" dan "busuk-busuk pun orang kita" untuk mempertahan kuasa UMNO/BN sehingga nagara hancur dek rasuah, ketidakadilan dan ketidakcekapan serta rasuah. Amat malang jika pemimpin Pas pun terperangkap dengan ayat-ayat ini juga!!!!!Kalau mereka terpegun dengan ayat-ayat ini, maka mereka pun nak jadi macam pemimpin Umno juga - mahu merompak harta rakyat. Maka tak hairanlah jika Karl Marx mengatakan ugama candu rakyat!!!!!Jadi sahabatku sekalian, marilah kita meletakkan Islam itu sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita. Marilah kita daulatkan Islam diatas muka bumi Allah SWT. Janganlah kita biarkan Islam diinjak-injak oleh musuh Islam atau yang bertopengkan Islam setelah kita melihat Negara Islam diperkotak-katikkan oleh musuh2 Islam. Jangan kita terlibat sama dalam memberikan saham bagi menindas serta menzalimi umat Islam. Ingatlah! dimana sahaja umat Islam berada,walaupun berlainan bangsa,warna kulit dan keturunan tapi mereka adalah saudara seagama kita.Bersatulah atas nama Islam pasti anda selamat didunia dan akhirat..Insya ALLAH....amin...




Pernah bertanya-tanya apa yang akan terjadi jika kita memperlakukan Al-Quran

kita seperti kita melayan telefon kita?

Bagaimana jika kita membawanya di dalam beg kita atau kocek?

Bagaimana jika kita membelek-beleknya beberapa kali sehari?

Bagaimana jika kita balik ke rumah untuk mendapatkannya jika kita lupa?

Bagaimana jika kita menggunakannya untuk menerima mesej dari teks?

Bagaimana jika kita diperlakukan seperti kita tidak boleh hidup tanpanya?

Bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak sebagai hadiah?

Bagaimana jika kita menggunakannya saat kita nazak?

Bagaimana jika kita menggunakannya dalam keadaan kecemasan?

Ini adalah sesuatu untuk membuat anda pergi …. hmm … di mana Quran saya?

Oh, dan satu lagi.

Tidak seperti telefon, kita tidak perlu bimbang tentang Al-Quran kita yang terputus

dan tiada coverage atau liputan

Masihkah kita ingat darjat Al-Quran tersangatlah jauh tingginya berbanding handphone

dan tidak layak dibandingkan pun tetapi apa keutamaan kita?

Tidak timbulkah pertanyaan dalam hati kita juga berapa kali kita tatap Al- Quran setiap hari berbanding dengan akhbar harian perdana atau mingguan yang kita langgan?

Berapa lamakah masa kita peruntukan bagi membaca akhbar setiap hari berbanding Al- Quran?

Berapa RM yang kita belanjakan untuk melanggan akhbar setiap bulan?

Berapa naskhah Al-Quran yang kita beli untuk diri kita sekeluarga atau untuk diwakafkan?

Semua jawapan ada dalam diri kita. Tepuk lah dada tanyalah iman kita. Janganlah semata2 tanya nafsu kita apa yang kita nak makan hari ini.


Hmm sendrik mau ingat!

:


NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.

Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.

Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.

Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.

Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.

Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma’rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati baginda.

Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.

Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma’rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.

Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata: “Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi.”

Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda serta cuba membunuh baginda sendiri.

Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.

Justeru adalah diharapkan agar kita selaku umatnya mestilah mencontohi sifat Baginda ini dalam memaafkan kesalahan orang lain sekiranya mereka telah melakukan kesalahan terhadap kita walaupun ianya melibatkan kesalahan yang kecil sahaja.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Salam pada anak2 ayah terutama anak bongsu ayah yang sedang study kat SMAP Kajang. Ayah rasa terpanggil untuk memberi peringatan dan nasihat kepada anak2 ayah yang tengah belajar samada kat IPT, MMPT dan SMAP Kajang. Dalam usaha kita menuntut ilmu samada ilmu dunia atau akhirat kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada berbagai ujian serta dugaan.Kepayahan dan kesukaran memang sudah menjadi asam garam kehidupan walau apa bidang sekalipun yang kita ceburi. Justeru dalam kita mengejar impian nun jauh disana, kita perlu pada kesungguhan,kecekalan, kesabaran dan berusaha dengan lebih gigih lagi. Kita jangan beranggapan bahawa segala kejayaan itu dapat dicapai dengan mudah. Makin besar cita2 kita makin banyaklah kepayahan dan kesukaran yang akan kita hadapi.

Pesanan Khas buat Adik Afif. Setiap kali adik gagal mencapai peratus yang dikehendaki, setiap kali juga ayah dengar perkataan yang sama yang keluar dari mulut adik. Ayah rasa begitu sikit hampa atas sikap adik yang sudah mengaku kalah awal padahal ini merupakan baru peringkat permulaan. Dimana kita akan dapat perkara mudah dalam menuntut ilmu? Sekolah mana yang menyediakan sukatan pelajaran mudah untuk kita lulus mudah dalam exam? Sebenarnya adik! Apa yang adik hadapi disana, itu jugalah yang abg2 dan kakak adik hadapi masakini.Apa yang teman2 adik hadapi di SMK lain pun itulah yang adik hadapi diKajang sana. Cuma peranan guru2 SBP dan SMK mungkin tak sama. SBP dan SMK tak sama. Pelajar SBP dan SMK tak sama. Apakah adik ingin mensia2kan kecerdikan dan kepandaian yang ALLAH anugerahkan pada adik ditempat yang bukan layak untuk adik. Adik fikirlah dengan fikiran yang lapang. Jangan buat keputusan yang akan merugikan adik sendiri.adik kena sedar dan insaf segala kepayahan dan kesukaran adik hadapi hari ini Allah akan bayar dengan kejayaan satu hari nanti. The most important. You must be comitted and go on to study hard because ALLAH must be blessed you anytime. WE ALL PRAY FOR YOU AND OUR SUCCESS . Wassalam......

My Family

My Family

IDOLAKU

IDOLAKU

PERJUANGANKU

PERJUANGANKU

About Me

Diputerakan pada tanggal 06.04.1961 di Kampung Tanjung Kanan,Kuala Nerang, Kedah Sejahtera.Telah mendirikan mahligai bahagia bersama Hajjah Faizah binti Md.Ariff yang pernah ku kenali pada tahun 1985. Hasil perkongsian hidup ini, kami dikurniakan 7 qurratul 'ain. 5 putera dan 2 puteri.

الوقت كالسيف فإن لم قطعه، قطعك

Calendar

Comments


ShoutMix chat widget

Followers

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Visitor