Salam pada Pembaca: Dalam kita menjalani kehidupan seharian,kita akan berhadapan dengan berbagai kerenah manusia samada dalam soal hidup&mati,rezeki & habuan,pekerjaan &profesyen malah dalam soal makan minum pun sering kali diperdebatkan. Ana baru berhadapan dengan satu permasalahan kecil berkaitan seekor lalat yang jatuh dalam minuman yang baru dihidangkan oleh tuanrumah sewaktu saya berkunjung kerumahnya. Ana mengambil pendekatan dengan menenggelamkan lalat tersebut dalam minuman tersebut dan akan membuang semula lalat tersebut akan tetapi mendapat bantahan daripada tuanrumah dengan alasan jijik dan kotor.Ana berusaha menerangkan hadis Rasulullah tapi tindakan tuanrumah tersebut mencurahkan minuman tersebut dan menghidangkan semula minuman untuk ana.Justeru ana terpanggil untuk mengajak pengunjung meneliti maksud hadis dibawah untuk menambah dan mengingat kembali diri Rasulullah SAW yang bukan sahaja Pesuruh Allah malah sebagai seorang saintis.
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian : Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

1 comments:

bes baca entri ni.. bru taw yg lalat ni rupanya istimewa..

Post a Comment

My Family

My Family

IDOLAKU

IDOLAKU

PERJUANGANKU

PERJUANGANKU

About Me

Diputerakan pada tanggal 06.04.1961 di Kampung Tanjung Kanan,Kuala Nerang, Kedah Sejahtera.Telah mendirikan mahligai bahagia bersama Hajjah Faizah binti Md.Ariff yang pernah ku kenali pada tahun 1985. Hasil perkongsian hidup ini, kami dikurniakan 7 qurratul 'ain. 5 putera dan 2 puteri.

الوقت كالسيف فإن لم قطعه، قطعك

Calendar

Comments


ShoutMix chat widget

Followers

PAS FOR ALL

PAS FOR ALL

Visitor