
Posted by
Mohd Tajari
Misi serta visi utama Nabi diutuskan  kedunia ini  ialah mengajak   manusia menerima Allah sebagai Ilahnya dan membebaskan manusia  dari  sang penguasa yang zalim dan tidak adil. Langsung tidak ada istilah "perpaduan". Perpaduan atas nama "bangsa" adalah istilah untuk mempertahankan kebejatan, kezaliman, ketidakadilan,  dan kerakusan  oleh pemimpin dan penguasa sesuatu bangsa.
Politik  "perpaduan bangsa" hanyalah satu sentimen yang  menipu ummah untuk mempertahankan kuasa sekelompok  orang sahaja. Jauh lebih penting  dari  isu perpaduan ialah keadilan, integriti pemerintahan, urus tadbir yang baik, kecekapan pemerintahan, anti pembaziran, anti rasuah, anti kolusi, kroni dan nepotism.
Selama lebih 50  tahun, orang Melayu didodoikan dengan ayat " demi bangsa kita", "demi perpaduan" dan "busuk-busuk pun orang kita"  untuk mempertahan kuasa UMNO/BN sehingga nagara hancur dek rasuah, ketidakadilan dan ketidakcekapan serta rasuah.  Amat malang jika pemimpin Pas pun terperangkap dengan   ayat-ayat ini juga!!!!!Kalau mereka terpegun  dengan ayat-ayat ini, maka mereka  pun nak jadi macam pemimpin Umno juga - mahu merompak harta rakyat. Maka tak hairanlah    jika Karl Marx mengatakan ugama candu rakyat!!!!!Jadi sahabatku sekalian, marilah kita meletakkan Islam itu sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita. Marilah kita daulatkan Islam diatas muka bumi Allah SWT. Janganlah kita biarkan Islam diinjak-injak oleh musuh Islam atau yang bertopengkan Islam setelah kita melihat Negara Islam diperkotak-katikkan oleh musuh2 Islam. Jangan kita terlibat sama dalam memberikan saham bagi menindas serta menzalimi umat Islam. Ingatlah! dimana sahaja umat Islam berada,walaupun berlainan bangsa,warna kulit dan keturunan tapi mereka adalah saudara seagama kita.Bersatulah atas nama Islam pasti anda selamat didunia dan akhirat..Insya ALLAH....amin... 
My Family

0 comments:
Post a Comment